Temuduga UITM 2017
03:55Assalamualaikum,
Aku nak share tips dan pengalaman temuduga aku di UITM Shah Alam.Bidang yang aku dapat untuk temuduga ini ialah bidang reka bentuk dalaman / interior design. Aku memang minat dengan bidang ni walaupun aku dulu ambil aliran sains. Minat aku terhadap seni sangat tinggi sejak aku umur 12 tahun dan dulu aku masuk aliran sains pun sebab sekolah pilih. Jadi bila dah habis sekolah ni, akhirnya aku boleh pilih bidang yang aku suka.
Aku nak kongsikan pengalaman aku semasa temuduga di sana. Tempat temuduga itu berada di bidang fakulti senibina, perancangan dan ukur. Sesi aku ialah pada 12.30 tengah hari, jadi aku dari rumah nak pergi ke Shah Alam ambil masa dalam 30 minit. Tetapi aku dan ayah aku cadang nak pergi awal sebab takut parking tak ada.
Sampai sahaja aku dekat sana, terus pergi daftar dekat bidang masing-masing. Masa aku pergi tu tak ramai sebab mungkin sesi 8.30 pagi dah nak habis.Selepas daftar, akak tu kasi no. giliran untuk temuduga dan suruh masuk bangunan untuk ambil no. giliran ujian melukis. Semua orang tunggu di bawah khemah yang disediakan jadi memang ramai orang tengah menunggu giliran.Sesi 8.30 pagi masih tak habis lagi dengan ujian melukis. Jadi aku kena tunggu mereka habis dulu, baru sesi 12.30 bermula.Selepas semua habis aku dah masuk ke dalam dewan melukis. Dewan dia macam dewan untuk kuliah. Dekat dalam tu, dia dah sediakan kertas melukis dan ada macam-macam bentuk bongkah di depan dan termasuklah di belakang.Okay aku akan bagi tips untuk ujian melukis.
Tips ujian melukis :
Selepas tamat ujian melukis, semua orang dibawa ke bangunan yang lain untuk temuduga pula. Tetapi sebelum itu, aku kena masuk bilik ni untuk tunggu giliran dan isi borang. Semasa aku dipanggil untuk temuduga, dengan perasaan berdebar aku masuk ke dalam bilik temuduga ni. Temuduga ni secara one-to-one, tetapi bilik tu ada dalam 5-6 penemuduga dan memang bising juga dalam bilik tu.Aku dapat penemuduga yang serious tetapi bila dah mula interview tu dah hilang rasa nervous.Temuduga tu sekejap je dan aku rasa temuduga aku berjalan dengan lancar.Aku akan bagi tips untuk temuduga pula.
- Bawa pensel 2B atleast 2-3 batang, pemadam dan pen (isi borang). Pembaris tidak dibenarkan sama sekali.
- Ujian ni tak boleh nak meniru sebab setiap pandangan orang berbeza pada bongkah-bongkah itu disebabkan kedudukan kerusi.
- Waktu melukis tu, kau kena lukis besar-besar sebab kalau lukis kecil susah nak dapat markah.Kalau boleh lakar dulu dan baru mula shading or buat shadow bagi nampak real dan jangan lukis dalam bentuk 2D ye.
- Masa yang diberi untuk ujian melukis hanya 1 jam sahaja. Jangan gelabah, tenang je. Sesiapa yang tak pandai lukis realistik ni, aku sarankan belajar lukis benda basic secara realistik. Kau boleh cari dekat google atau youtube. InshaAllah ada.
Tips Temuduga :
- Pastikan bawa fail-fail yang sudah disahkan, kalau belum disahkan, fail tu tak boleh diterima.Aku cadangkan bawa portfolio yang mengandungi lukisan sendiri/personal collection jadi nampak kita bersungguh-sungguh nakkan bidang tu.Sesiapa yang ambil subjek Seni/LK, boleh bawa folio korang atau hasil kerja waktu sekolah.
- Sesetengah penemuduga tanya sama ada dalam BI atau BM. Tapi aku punya penemuduga, dari awal sampai habis cakap BI. Kadang-kadang ikut penemuduga.Jangan risau pasal grammar, janji apa yang kau nak sampaikan tu penemuduga faham dan kau pun faham, no problem.
- Buat research banyak-banyak tentang bidang yang kau kena temuduga tu.Kalau tak nanti tak ada idea nak cakap apa and blank.
- Kalau bercakap tu kena kuat dan yakin, kalau boleh elakkan daripada tergagap dan jangan banyak berdiam.Sebab tujuan dia buat temuduga ni ialah dia nak tengok sama ada kita betul-betul nak atau tidak.Kalau waktu interview dah pasif dan tak banyak bercakap.Peluang untuk diterima tu makin tipis.
- Pakaian kena kemas dan sedap mata memandang.Sebab benda ni pun ambil markah.Perempuan boleh pakai baju kurung atau baju formal untuk bekerja.Lelaki pula pakai baju kemeja dan tali leher, pastikan baju kemeja tu masuk dalam seluar kalau tak nak kena tegur depan orang ramai.Pastikan rambut pun nampak kemas.
Sekarang aku akan bagi soalan-soalan yang ditanya sewaktu aku temuduga.
Soalan-soalan :
- Introduce yourself (wajib)
Okay yang ni kau jangan dari awal sampai mula cakap pasal hobi or benda-benda yang kau rasa penemuduga tu tak nak tahu pun.Masa aku temuduga hari tu, ayah aku bagi tips sebab ayah aku dah pernah temuduga ramai orang.First, nama, nama panggilan, cita-cita dan life target (ayat kasi power sikit).Tak payah panjang-panjang. Ingat, first impression is important.
- Why do you choose interior designer?
- What is interior design?
- What is your positive character?
Ini jelah yang dia tanya aku, soalan yang aku tak bagi penerangan tu kau boleh google atau reka sendiri ikut kau punya style.
Ini adalah tips-tips semasa datang temuduga nanti.Sekarang aku nak kongsikan amalan yang aku amalkan sebelum hari temuduga ni.Amalan-amalan ni sangat membantu aku untuk hilang nervous dan membantu aku boleh bercakap lancar depan penemuduga (serious tak tipu).Amalan-amalan ini ayah aku yang kongsikan. Harap perkongsian ini dapat membantu memberi manfaat kepada yang akan pergi temuduga ni dan amalan ini sesuai untuk setiap jenis keadaan.
Amalan-amalan sebelum temuduga (kurangkan rasa nervous) :
Sebelum tidur
- Baca surah Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk. Baca 3 qul dan ayat kursi sebelum tidur.
- Amalkan baca doa sebelum Nabi Musa bertemu firaun.Doa ni sangat membantu.Baca doa ni atau selawat kepada Rasulullah sampai tertidur atau sebelum tidur.
Semasa temuduga
Ini sahaja yang aku boleh kongsikan.Kalau ada kekurangan tu aku minta maaf dan aku harap post ni dapat membantu kau pass temuduga kau nanti. Temuduga ni bukan sahaja pasal interior design tetapi boleh relate dengan bidang yang berkaitan. Itu sahaja, Assalamualaikum.
- Sebelum masuk berjumpa penemuduga, baca lagi doa di atas, kalau boleh baca banyak-banyak doa ni sebab aku dah amalkan memang membantu. Masuk bilik temuduga terus hilang nervous, BI aku yang tak lancar terus jadi lancar dan banyak idea nak cakap.
Alhamdulillah, aku dapat course interior design
12 comments
kak..nak tanya..dia bagi berapa soalan ngan akak eh??
ReplyDeleteKalau takde portfolio?
ReplyDeletePortfolio penting ke
ReplyDeleteIv jugak ke sbtu ni
DeleteNak tnya lah kak....keputusan int bila kluar?
ReplyDeleteAkk, keputusan utk panggilan ke interview tu by email, di sistem atau dia call ye?
ReplyDeleteKak sya dpt temuduga, cumanya secara online, sya kene hntr dokumen ii penting n dia minta saya buat video pasal reka bentuk dalaman tu, tapi sya blank tak tahu nk buat apa dulu, sama ada nk trus trangkan dri saya atau tntg course itu sahaja, vid tu 2 minit jer, akak boleh tlong bgi idea?
ReplyDeletenak tanya kalau temuduga online ni macam mana eh? sebab saya kena buat video jugak sebelum 21 Mei ni. tengah buntu sekarang tktau nak buat macam mana
Deletesrsla saye pon
DeleteHi may i know how your interview? saya ada interview jugak buat video tapi saya taktau nak buat macam mana
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCasino Apps in Missouri | The State of Missouri
ReplyDeleteYou 과천 출장샵 can now find the best 안동 출장안마 online 양주 출장샵 slots in Missouri 군포 출장안마 in The Real Deal. You can get your hands on more than 200 파주 출장샵 different online slots,